zeldathemes
Izzatul Najihah

»
<b> </b> Punggung berhati-hati diletakkan di atas bangku tepi gelanggang. Nafasnya naik turun, tanda penat. Air mineral yang tinggal suku botol dicapai rakus. Seteguk seteguk diminum. Lega.<p><b></b> "Hey bro! Siot lah. Aci tinggal je aku sorang dekat belakang. Fikir haus dia je. Fikir penat dia je."<p><b></b> Fir tersenyum senget. "kau lambat sangat."<p><b></b> Afiq melabuhkan punggung di sebelah Fir. Turut melegakan tekaknya dengan air mineral yang dibawa. "interesting game lah Fir. Kau main dah tahap Djokovic siaa. Memanglah aku kalah."<p><b></b> Fir menelan liur. "Kau punya pujian tinggi melangit lah Fiq. Aku 'berkawan' dengan tenis since sekolah menengah, lawan dengan kau yang baru mula main minggu lepas. Logik ke kalau aku kalah?"<p><b></b> Dia menghamburkan gelak, perasan kata-katanya berbaur riak.<p><b></b> Afiq menumbuk bahu Fir. Tiba-tiba pergerakan tangannya berhenti. Matanya ralit memandang ke sebelah kanan. Fir turut memandang.<p><b></b> Kelihatan beberapa orang muslimah sedang berjalan, tanda selesai dengan aktiviti riadah.<p><b></b> Afiq masih tidak melepaskan pandangannya sedang Fir, memutuskan untuk tidak memandang lama. Air mineral yang tinggal sedikit lebih menarik perhatiannya.<p><b></b> Afiq mencuit pinggang Fir.<p><b></b> "Pedia?"<p><b></b> "Fir, kau perasan budak perempuan yang pakai tudung labuh kelabu, baju hitam tadi?"<p><b></b> Fir mengangguk. "kenapa?"<p><b></b> "Dia tu dulu freehair doh. Seksi boleh tahanlah. Perangai pun gedik semacam." Terjungit bibir Afiq bercerita. Semangat.<p><b></b> "Tapi sekarang dia dah tudung labuh?" Fir tenang bertanya.<p><b></b> "Ha ah. Tapi aku tak percayalah perempuan macam tu dulu freehair, seksi semua."<p><b></b> "Chill lah bro. Aku daripada dulu sampai sekarang freehair, kau tak bising pun?" Fir berlawak hambar.<p><b></b> "Eay aku tak suka orang yang buat lawak tak kelakar." Nada sakit hati dibalas Afiq.<p><b></b> Fir tergelak besar. "Cool cool. Gurau gurau membawa bahagia."<p><b></b> Afiq buat acuh-tak-acuh. "Macam kau lah dulu Fir, merokok, ponteng sekolah, awek keliling pinggang, malas nak..."<p><b></b> "Eh dah nak masuk maghrib, aku blah dulu ah." Fir cepat-cepat memotong percakapan Afiq.<p><b></b> Sebelum dia meninggalkan gelanggang, sempat dia berpaling kepada Afiq. "Tak semua orang suka bila dilihatkan balik kisah lalu diorang. Aku yang dulu, dah lama mati. Sama dengan perempuan tadi. Dia yang freehair, yang seksi dah tak ada lagi dekat dunia ni. Kau mungkin tak faham sebab kau tak alami sendiri. Sakit hati bila benda kita dah lupa, orang datang ungkit lagi."<p><b></b> Afiq melongo.<p><b></b> Speechless. Tidak sangka Fir marah.<p><b></b> "Aku maafkan kau Afiq. Tak marah pun cuma aku nak pesan lain kali jangan diungkit kisah silam sesiapa. Kau tak rasa sakit dia. Boleh bro?" Fir mengukir senyum. Tidak mahu berdendam.<p><b></b> "Sorry." Perlahan Afiq berkata.<p>

Vintage &amp; Nature Blog
Vintage & Nature Blog 

Vintage &amp; Nature Blog
Vintage & Nature Blog 
quran | via Tumblr on We Heart It.

quran | via Tumblr on We Heart It.

  #allah    #dhikr    #flower    #islam    #muslim  
dhikr | via Tumblr on We Heart It.

dhikr | via Tumblr on We Heart It.

  #allah    #flower    #islam    #muslim    #dhikr  
dhikr | via Tumblr on We Heart It.

dhikr | via Tumblr on We Heart It.

  #allah    #flower    #islam    #muslim    #dhikr  
dua | via Tumblr on We Heart It.

dua | via Tumblr on We Heart It.

  #allah    #flower    #islam    #muslim    #dhikr  
We💞islam on We Heart It.

We💞islam on We Heart It.

  #islam muslim pray  
Tumblr on We Heart It.

Tumblr on We Heart It.

  #allah  
Tumblr on We Heart It.

Tumblr on We Heart It.

3262 | via Tumblr on We Heart It.

3262 | via Tumblr on We Heart It.

  #allah    #arabic    #islam    #muslim    #pray    #prayer    #quran    #surah  
4747 | via Tumblr on We Heart It.

4747 | via Tumblr on We Heart It.

  #allah    #arabic    #pray    #islam    #muslim    #prayer    #quran    #surah